Monday, 9 November 2015

Kapal Terbang Kecilku

Bagaimanakah kita hendak menghasilkan model binaan kapal terbang?


  1. Mengenal pasti komponen yang hendak digunakan.
  2. Memilih komponen yang betul  sebelum dipasang seperti komponen bahagian badan, komponen bahagian  sayap dan ekor, komponen bahagian kipas dan komponen bahagian roda
  3. Barulah kita memasang komponen mengikut buku manual pemasangan kapal terbang.
Langkah untuk mengenal pasti dan memilih komponen:

  • Murid-murid hendaklah memilih sambil membandingkan bentuk, warna, saiz dan bilangan komponen
  1. Komponen Bahagian Badan
  2. Komponen Bahagian Sayap dan Ekor 
  3. Komponen Bahagian Kipas
  4. Komponen Bahagian Roda
  • Memasang komponen mengikut urutan yang diberikan
Langkah-langkah untuk memasang komponen:

1- Komponen bahagian badan
  • Cantumkan dua komponen H (Besar) berwarna hijau, Kemudian masukkan 4 komponen H ((Kecil) berwarna pink ke dalam lubang H (besar)
  • Cantumkan dua komponen H (besar) bersama dengan komponen yang pertama tadi
2- Komponen bahagian sayap dan ekor

  • Cantumkan 2 lagi komponen H (besar) bewarna hijau di kedua belah sayap kiri dan kanan
  • Cantumkan komponen H (Besar) berwarna kuning di belakang ekor kapal terbang tadi
3- Komponen bahagian kipas

  • Masukkan batang rod bulat ke dalam roda berwarna merah
  • Ambil 4 komponen H (kecil) dan cantumkan di  empat penjuru roda merah
  • Masukkan komponen roda tadi ke hadapan H (kecil) di badan kapal terbang
4- Komponen bahagian roda

  • Ambil 2 set roda bulat dan sebatang rod panjang dan cantumkan di antara kedua-dua roda tersebut.
  • Sebelum dicantumkan, batang rod panjang diletakkan 2 H (kecil) berwarna kuning.
  • Cantumkan tapak H (kecil) di bawah badan kapal terbang
5- Perbandingan model yang dipasang dengan model dalam manual.

Model Kapal Terbang Siap Dibina

  Bermain kapal terbang

11 comments: